Nasi minyak

Nasi minyak
Nasi minyak dihidangkan di Palembang, Sumatera, Indonesia.
JenisHidangan nasi, main course Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianSajian utama
Tempat asalIndonesia
Kawasan/rantauSumatera Selatan
Suhu penghidanganSuam atau sederhana
Bahan utamaNasi dimasak bersama minyak sapi and rempah ratus
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nasi minyak (Jawi: ناسي ميڽق) ialah hidangan nusantara yang dikatakan berasal daripada nasi masakan Palembang yang dimasak dengan minyak sapi dan rempah. Hidangan nasi ini biasanya dikaitkan dengan kota Palembang, ibu kota Sumatera Selatan.[1] Sekilas pandang, nasi minyak nampak dan rasanya sedikit seperti nasi Kabuli, ini kerana kedua-dua hidangan nasi dipengaruhi oleh masakan India dan Timur Tengah, sebagai bukti penggunaan minyak sapi dan rempah-rempah tertentu. Campuran rempah bumbu yang digunakan termasuk buah pelaga, bunga lawang, cengkih, jintan, kayu manis, bawang merah, bawang putih dan serbuk kari.[2]

Di Palembang, nasi minyak adalah hidangan tradisional perayaan yang biasanya disajikan untuk acara dan perayaan khas. Masjid-masjid tertentu di Palembang menyajikan nasi minyak percuma selepas solat Jumaat.[3]

Di selatan Thailand, Semenanjung Malaysia dan Singapura, nasi Minyak dianggap sebagai hidangan istiadat dan biasanya dimakan semasa majlis perkahwinan tradisional orang Melayu.[4] Semasa di negeri pantai timur Terengganu, Kelantan dan Pattani,Selatan Thailand, nasi Minyak adalah hidangan sarapan pagi yang biasa.

  1. ^ Buloe, Benu (2014-03-25). Jamak ala Benu Buloe (dalam bahasa Indonesia). Elex Media Komputindo. ISBN 9786020233154.
  2. ^ "Resep Nasi Minyak Khas Palembang oleh umiyuliana01". Cookpad (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2018-07-17.
  3. ^ "Lezatnya Nasi Minyak Senampan Tradisi Makan Bersama Warga Maskarebet - Sriwijaya Post". Sriwijaya Post (dalam bahasa Indonesia). 2018-02-24. Dicapai pada 2018-07-17.
  4. ^ "7 Jenis Nasi Popular Di Majlis Kenduri Kahwin" (dalam bahasa Malay). Malaysia: Vitdaily. 17 May 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy